Perbezaan Ta’abbud Dan Ta’dzim
Golongan wahabi seringkali mengelirukan umat Islam dengan pandangan yang menyimpang daripada kefahaman yang sebenar.
Di
antara persoalan yang ditimbulkan oleh mereka seperti permasalahan
mencium tangan orang alim, berdiri menghormati orang alim, memuliakan
Nabi SAW dengan panggilan Sayyidina, bertawasul, berhenti di maqam Nabi
SAW ketika menziarahi baginda SAW dan banyak lagi persoalan yang
digembar-gemburkan sebagai bidaah dan syirik oleh mereka. Pada sangkaan
mereka itu termasuk di dalam ibadah kepada selain daripada Allah SWT.
Punca kekeliruan ini berlaku kerana kejahilan mereka dalam membezakan apakah hakikat ibadah dan apakah hakikat تعظيم وتكريم وتشريف(ta’zim, takrim dan tasyrif = memuliakan).
Jika
Wahabi selalu menggunakan slogan retorik mereka kembali kepada Al-Quran
maka kita mengajak mereka melihat apa yang dinyatakan di dalam
Al-Quran.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah Al-Baqarah ayat 34;
وإذ قلنا للملائكة اسجدوا لآدم فسجدوا إلا إبليس أبى واستكبر وكان من الكافرين
Ketikamana
kami perintahkan kepada malaikat sujudlah kepada Adam maka sekalian
para malaikat sujud kecuali Iblis enggan dan sombong jadilah (iblis)
daripada golongan yang kufur (kepada perintah Allah)
Di
dalam ayat di atas Allah SWT Ta’ala memerintahkan kepada para malaikat
sujud kepada Nabi Adam ‘Alaihissalam. Apakah sujud di sini bermaksud
ibadah seperti sangkaan golongan wahabi? Apakah Allah Ta’ala mengajar
para Malaikat beribadah selain daripadaNya sedangkan Allah Ta’ala
menyatakan di dalam ayat yang lain bahawasanya para malaikat tidak
pernah menderhakai Allah.
لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون
Mengapa
iblis dikeluarkan daripada syurga dan dilaknat sehingga hari kiamat
disebabkan keengganan mereka sujud kepada seorang manusia yang bernama
Adam? Kerana hakikatnya iblis melanggar perintah Allah SWT dengan sebab
keangkuhan dan kesombongan mereka yang merasakan mereka lebih mulia
berbanding Nabi Adam ‘Alahissalam.
Ulama’
kita menjelaskan di dalam kitab-kitab tafsir bahawa sujud di sini bukan
bermaksud sujud ibadah kepada Adam tetapi ia suatu bentuk تكريما وتشريفا (takriman watasyrifan=memuliakan) kepada Nabi Adam ‘Alaihissalam bukan suatu bentuk ibadah.
Di
dalam ayat yang lain diceritakan mengenai saudara Nabi Allah Yusuf
‘Alaihissalam sujud kepadanya. Firman Allah di dalam surah Yusuf ayat
100;
ورفع أبويه على العرش وخروا له سجدا
Dan menaikkan (Nabi Yusuf) akan kedua ibubapanya kepada singgah sana dan mereka tunduk bersujud kepadanya (Nabi Yusuf).
Apakah
Nabi Yusuf mengajar saudaranya beribadah selain daripada Allah dengan
sujud kepadanya? Sudah tentu tidak tetapi ia sebagai bentuk tahiyyat
penghormatan sepertimana yang dijelaskan oleh ulama’ di dalam
tafsir-tafsir mereka. Sujud ini sebagai takriman wa tasyrifan lahu.
Kedua
ayat di atas pada hakikatnya menta’ati perintah Allah kerana ia adalah
perintah Allah kepada para malaikat dan iblis. Adapun kisah Nabi Yusuf
‘Alaihissalam berdasarkan takwil mimpi Nabi Yusuf dan mimpi Nabi adalah
wahyu daripada Allah SWT berdasarkan sambungan ayat di atas ;
وقال يأبت هذا تأويل رؤياي من قبل
Dan berkata (Yusuf) wahai ayahku inilah takwil mimpiku sebelum ini.
Ayat
yang saya bawakan untuk menjelaskan perbezaan di antara perbuatan
ibadah dan ta’zim. Namun di dalam syariat Nabi Muhammad tidak diharuskan
sujud kepada manusia tetapi ia diharuskan di dalam syariat Nabi Yusuf
sepertimana keterangan ayat di atas.
Namun
sekadar berdiri kepada orang alim, mencium tangan mereka, memanggil
Rasulullah SAW dengan panggilan Sayyidina tidaklah termasuk di dalam
ta’abbud kepada selain daripada Allah tetapi sebagai bentuk takrim wan
tasyrif (penghormatan dan memuliakan) mereka sesuai dengan kedudukan
mereka yang tinggi di sisi Allah SWT.
Cuba
kita perhatikan tegahan Allah supaya tidak memanggil Rasulullah
seumpama panggilan kita sesama kita. Firman Allah Ta’ala di dalam surah
Al-Furqan ayat 63;
لا تجعلوا دعاء الرسول بينكم كدعاء بعضكم بعضا
Jangan
kamu jadikan panggilan kepada Rasulullah SAW di antara kamu seperti
panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (kamu yang lain).
Lihat ayat di atas! Allah Ta’ala mengajar kita bagaimana beradab dengan Rasulullah SAW.
Lagi
ayat yang ditujukan kepada orang yang beriman ketika berbicara dengan
Nabi SAW. Firman Allah Ta’ala di dalam surah Al-Hujurat ayat 2;
يا أيها الذين آمنوا لا ترفعوا أصواتكم فوق صوت النبي
Wahai orang yang beriman jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi SAW.
Inilah adab yang diajar oleh Allah kepada orang yang beriman sebagai memuliakan Rasulullah SAW.
Kita lihat pula bagaimana para sahabat memuliakan Nabi SAW;
روى الترمذي عن أنس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يخرج على أصحابه من
المهاجرين والأنصار وهم جلوس فيهم أبو بكر وعمر فلا يرفع أحد منهم إليه بصره إلا أبو
بكر وعمر فإنهما كانا ينظران إليه وينظر إليهما ويبتسمان إليه ويبتسم لهما
Diriwayat
oleh At-Tirmizi daripada Anas sesungguhnya Nabi SAW keluar kepada para
sahabatnya daripada orang muhajirin dan ansar dan mereka itu dalam
keadaan duduk. Bersama mereka itu Abu Bakr dan Umar. Tidak mengangkat
pandangan seorang pun daripada mereka kepada Rasulullah SAW kecuali Abu
Bakar dan Umar. Sesungguhnya keduanya (Abu Bakar dan Umar) melihat
kepada Rasulullah SAW dan Nabi SAW melihat kepada keduanya. Abu Bakar
dan Umar senyum kepada Rasulullah SAW dan Nabi SAW senyum kepada
keduanya.
يقول عمرو بن العاص رضي الله عنه وما كان أحد أحب إلي من رسول الله صلى الله
عليه وسلم ولا أجل في عيني منه وما كنت أطيق أن أملأ عيني منه إجلالا له ولو سئلت
أن أصفه ما أطيقت لأنني لم أكن أملأ عيني منه رواه مسلم في الصحيح , كتاب
الإيمان , باب كون الإسلام يهدم ما قبله
Berkata
‘Amru Bin Al-‘Aas Radiallahu ‘Anhu : Tidak ada seorangpun yang paling
aku cintai daripada Rasulullah SAW dan tidak ada yang paling mulia di
mataku daripadanya (Rasulullah SAW) dan aku tidak mampu menatap
sepenuhnya mataku kepadanya kerana memuliakan Rasulullah. Jika diminta
untuk menyifatkan baginda aku tidak mampu kerana aku tidak pernah
menatap sepenuhnya mataku kepadanya. Riwayat Muslim di dalam sahihnya di
dalam kitabul iman bab kaunul Islam yahdimu ma qablahu.
Dikeluarkan oleh At-Tobarani dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Usamah Bin Syarik Radiallahu ‘Anhu telah berkata;
وأخرجه الطبراني وابن حبان في صحيحه عن أسامة بن شريك رضي الله عنه قال : كنا
جلوسا عند النبي صلى الله عليه وسلم كأنما على رؤوسنا الطير ما يتكلم من متكلم
Adalah kami duduk bersama Nabi SAW seumpama atas kepala kami burung tidak ada yang bercakap seorang pun.
Lihatlah dan perhatikanlah bagaimana kelakuan para sahabat dan kenyataan mereka radiallahu ‘anhum mengenai Rasulullah SAW.
Jika
selama ini kita ingin kembali kepada manhaj salafussoleh, maka inilah
yang dilakukan generasi salaf terhadap Rasulullah SAW. Walaupun
Rasulullah sudah tidak ada di depan mata kita tetapi Rasulullah tetap
hidup di hati-hati kita. Sewajibnya kita memuliakan Rasulullah SAW
dengan selayaknya bagi seorang kekasih Allah.
Firman Allah SWT;
النبي أولى بالمؤمنين من أنفسهم
Nabi (Muhammad) itu lebih utama bagi orang mukmin daripada diri mereka
Perhatikan hadis dibawah ini. Bagaimana kecintaan kepada Rasulullah SAW dikaitkan dengan iman ;
عن أنس – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لا يؤمن أحدكم
حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين أخرجه البخاري ومسلم
Daripada
Anas Radiallahu ‘Anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Tidak
beriman seseorang kamu sehingga jadilah aku (Rasulullah) paling dicintai
kepadanya daripada anaknya, ibubapanya dan manusia sekaliannya. Hadis
dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.
Yang
kita peliknya, golongan wahabi tidak pernah membidaahkan panggilan
syeikul Islam kepada ulama’ mereka tetapi membidaahkan panggilan
sayyidina kepada Rasulullah SAW. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.
Sememangnya
Rasulullah itu manusia tetapi bukan manusia biasa seumpama kita tetapi
manusia yang luar biasa bahkan makhluk yang paling mulia di sisi Allah
SWT. Memuliakan baginda beerti kita menta’ati perintah Allah SWT bukan
bermaksud menjadikan Rasul sebagai Tuhan seumpama agama kristian.
Sedar
atau tidak atau buat-buat lupa seperti golongan wahabi, Allah Ta’ala
menjadikan selawat ke atas baginda sebagai ibadah yang boleh
mentaqarrubkan (mendekatkan) kita kepada Allah. Bahkan ia menjadi rukun
di dalam solat. Sesiapa yang tidak berselawat kepada baginda SAW di
dalam solatnya maka solatnya tidak sah di sisi syara’.
السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته
Perhatikan wahai manusia yang punya hati. Salam yang diucapkan kepada Nabi SAW di dalam solat menggunakan dhomir mukhotob “أنت”.
Seolah-olah Nabi SAW berada di hadapan kita. Kita sedia maklum di dalam
pengajian ilmu nahu. Jika orang yang tidak ada dihadapan kita digunakan
dhomir ghaib هو (dia) bukan أنت (kamu).
Inilah
hikmah yang tidak difahami oleh golongan wahabi yang menganggap
hubungan kita dengan Nabi Muhammad SAW telah putus setelah kewafatan
baginda. Ah, sungguh dangkal pemikiran mereka yang mengaku memartabatkan
sunnah Rasulullah tetapi tidak memartabatkan tuan punya sunnah.
Kenapa
disyariatkan dan disuruh oleh Allah SWT berselawat dan mengucapkan
salam kepada seorang manusia yang bernama Muhammad jika wahabi merasakan
Muhammad manusia biasa seumpama kita? Tidak syirikkah perbuatan ini?
Bahkan
Allah menjadikan kesaksian kepada Nabi Muhammad SAW di dalam dua
kalimah syahadah sebagai syarat sah rukun Islam yang pertama. Tanpa
penyaksian kepada Muhammad maka tidak sah syahadah sepertimana yang
dijelaskan oleh ulama’ kita.
Jadi
apakah itu beerti kita sama seperti golongan kristian yang mendewakan
Nabi Isa ‘Alaihissalam sebagai Tuhan? Ataupun ia hanya bentuk memuliakan
dan menghormati seorang kekasih Allah yang diutuskan menjadi rahmat
kepada sekalian alam.
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi sekalian alam
Rahmat
itu hanya layak dinisbahkan kepada Allah tetapi Allah menisbahkan asbab
rahmat kepada kekasihnya Muhammad sebagai ‘inayah kepada sekalian alam.
لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم
Sesungguhnya
telah datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu, berat
terasa olehnya (Nabi Muhammad) apa yang kamu rasakan, (baginda) sangat
menginginkan (keimanan dan kesejahteraan) bagi kamu, sangat lemah lembut
dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.
Perhatikan
ayat di atas. Sifat Rauf dan Rahim merupakan sifat Allah Ta’ala tetapi
Allah telah menisbahkan kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW sebagai
menunjukkan kelebihan insan yang bernama Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وبارك وسلم.
Sumber : AlAminDaud