PENILAIAN DAN PERSEPSI
AGENSI HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA TERHADAP TAREKAT SUFI : ANTARA CABARAN DAN
SOLUSI
Disediakan
oleh: Rizhan el-Rodi
PENDAHULUAN DAN LATAR
BELAKANG RINGKAS
1. Sufi/Tarekat/Tasawuf merupakan
sebahagian teras pengamalan Islami ad-Din (Islam,Iman,Ihsan) menurut al-Quran
dan as-Sunnah.
2. Pembangunan kerohanian adalah penting
diseimbangkan dengan pembangunan material atau fizikal bagi memberi impak
positif yang besar kepada pembangunan negara dan masyarakat.
3. Sumbangan dan peranan golongan Sufi/Tarekat/Tasawuf dalam sejarah dunia dan alam
Melayu memainan peranan dalam dakwah Islamiah termasuk penyebaran Islam ke alam
Melayu.
4. Sumbangan ini memberi pandangan hidup
baru di alam Melayu dari sudut akidah, syariah, muamalah, keilmuan dan
ketamadunan Melayu Islami.
5. Kewujudan golongan Sufi/Tarekat/Tasawuf yang bergerak secara
bersendirian atau bersama secara tidak rasmi wajar digemblengkan bagi
mengerakkan secara bersepadu dalam penghayatan dan pengamalan Islami secara
efektif bagi agenda agama dan watan.
6. Kewujudan fenomena ajaran sesat serta
penyelewengan yang bertopengkan atau berunsur Sufi/Tarekat/Tasawuf serta
kekeliruan, salahfaham serta persepsi terhadap Tarekat/Tasawuf ini wajar
diperbetulkan, diperjelaskan secara positif, ilmiah dan rasional kerana
membiarkan ianya berterusan tanpa menanganinya amatlah merugikan kepada
masyarakat dan watan.
Ianya boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam yang memberikan kesan
kepada pembangunan modal insan dalam sesebuah negara.
7. Oleh itu,
pertemuan dan perbincangan oleh ahli/pendokong dalam bidang tersebut perlu
diadakan untuk memperbetulkan setiap kekeliruan, salahfaham dengan ajaran Islam yang sebenar dan
berdasarkan disiplin dan ahli bidang ini.
8. Teras
Strategik Tarekat Tasawuf (2011-2015) Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (Seperti
di Lampiran)
INSTITUSI &
ORGANISASI TAREKAT
Tarekat
Tasawuf telah menjadi landasan bagi penyatuan hati umat Islam. Melalui kaedah
penyucian jiwa dan penyemaian sifat-sifat mahmudah yang mantap mereka telah
berjaya memayungi dan mempertahankan umat Islam daripada pelbagai anasir yang
tidak sihat. Bahkan golongan ini telah memainkan peranan yang penting bagi
menjaga kebajikan umat dan memberikan didikan dan tarbiah. Melalui para sufi
dakwah Islamiah tersebar luas dipelusuk dunia.
INTISARI TAREKAT
1. Guru atau Mursyid
1. Guru atau Mursyid
2.
Zikir, Wirid
3.
Murid atau Salik
4.
Talkin dan Bai’ah
5.
Silsilah
6.
Izin
INSTITUSI RASMI
TAREKAT SUFI :
Mesir: MAJLIS A’LA
TURUQ SUFIYYAH
(77
Tarekat Sufi)
Indonesia: JAM’IYYAH
THORIQOH MUKTABAROH NAHDILIYYAH
(81
Tarekat Sufi)
Malaysia: JILSAH
TURUQ SUFIAH, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
(9
Tarekat Sufi)
Tarekat Yang Telah Diluluskan Pendaftarannya Di Bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005-
JILSAH TURUQ SUFIYYAH
, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN 2011-2013
Pengerusi
S.S Dato’
Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad
Mufti
Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Anggota:
Dato’
Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
Mantan
Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus
Y.Bhg.
Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady
Fellow
Amat Utama ISTAC,UIAM
Y.Bhg.
Dr. Hj Jahid bin Hj Sidek
Mantan
Pensyarah APIUM,UM
Y.Bhg.
Dr. Sulaiman bin Ibrahim
Universiti
Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam
Y.Bhg.
Dr. Abdul Manam bin Mohammad
Universiti
Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Yg.
Bhg. Dato’ Hj. Borhan bin Hashim
Ahli
J/Kuasa Fatwa MAINS
AGENSI HAL EHWAL
ISLAM DI MALAYSIA
JAIN
– Jabatan Agama Islam Negeri
MAIN-
Majlis Agama Islam Negeri
JAKIM-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
MAKNA AJARAN SESAT
Suatu Pengajaran atau Amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang
mendakwa ianya berdasarkan kepada ajaran Islam atau ianya tidak berlawanan
dengan ajaran Islam tetapi sebenarnya amalan tersebut adalah berlawanan dengan
Akidah dan Syariah Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. (Jakim) .
Salah
satu aspek yang dihubungkan dengan fenomena ajaran sesat ialah tasawuf,
kesufian dan tarekat. Ianya dikatakan menjadi faktor utama - 60% daripada
ajaran sesat di Malaysia adalah berunsurTasawuf.
SENARAI AJARAN SESAT
BERUNSUR TAREKAT/TASAWUF
Rekod terkini:
Sebanyak (21) kumpulan tarekat yang
bergerak aktif di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut sebanyak
(10) kumpulan Tarekat yang telah diputuskan menyeleweng oleh Muzakarah Fatwa
Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri:.
Adakah memerlukan
penilaian semula…?
Modus Operandi:
Terdapat kecenderungan pihak-pihak
yang tertentu yang cuba membawa beberapa amalan tarekat yang mengelirukan ke
dalam masyarakat Islam pada hari ini.
Menggunapakai nama tarekat Muktabar
atau Ulama’ tertentu.
Modus operandi mereka
dengan menganjurkan Majlis Sambutan Hol dan Sambutan Maulidurrasul yang
diselitkan dengan zikir-zikir dan qasidah yang mengandungi unsur-unsur fahaman
mereka yang meragukan!!?.
Mereka bergerak atas nama
pertubuhan dakwah bukan kerajaan (NGO) bagi menganjurkan beberapa aktiviti
yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh dari luar negara dan VVIP daripada dalam
negara.
PERSEPSI DAN
PENILAIAN
Terdapat 3 persepsi
terhadap Tasawuf dan Tarekat
1.
Menerima sepenuhnya: satu bidang ilmu dalam Islam
2.
Menolak secara keseluruhan
3.
Menerima sebahagian dan menolak sebahagian
Secara
amnya, tasawuf sebagai suatu aspek ilmu dalam Islam tidak dipersoalkan
Yang
menjadi persoalan ialah, “apakah tasawuf dengan segala ajarannya dan tarekat
dengan segala kaedahnya itu berasal atau mempunyai asas daripada ajaran Islam@
menepati ajaran Islam?”
Tasawuf
& Tarekat menjadi salah satu faktor kemunculan ajaran sesat, maka ia
menjadi fokus utama kepada orang yang mahu memerangi ajaran sesat dan Tarekat
Tasawuf.
Penyerangan
terhadap ajaran sesat menyebabkan dua aspek itu turut dipersoalkan hingga sukar
untuk memisahkan kedua-duanya- kadang kala menimbulkan kekeliruan di kalangan
umat Islam
Tarekat
hanyalah kaedah yang disalah gunakan – ia tidak boleh ditolak hanya kerana ia
dijadikan kuda tunggangan
Masyarakat
perlu faham kedudukannya dalam konteks Islam
Produk
Sahih (Asli) – Produk Palsu (tiruan)
Penilaian
yang saksama adalah perlu – tidak boleh ditolak tasawuf semata-mata ia menjadi
sumber kepada ajaran sesat
Tahap
dan Perkara:
1.
ada tarafnya,
2.
berbeza ilmunya,
3.
berbeza kefahamannya,
4.
berbeza penghayatannya,
5.
berbeza pengalamannya
SENARIO TAREKAT
SUFI/TASAWUF
1.
Sering menjadi tohmahan.
2.
Terlalu eksklusif.
3.
Diamalkan secara tertutup.
4.
Disisihkan dari masyarakat.
5.
Sering diragui pengamalannya.
6.
Dialahkan oleh fahaman material.
7.
Dirujuk kepada mereka Tiada keahlian@ kemahiran dalam hal ehwal tarekat
tasawuf.
TERDAPAT JUGA FAKTOR
BERLAKUNYA PENYELEWENGAN DALAM KUMPULAN TAREKAT ANTARANYA:
1.
Pengamalan yang tidak berpaksikan ilmu Islam.
2.
Taksub yang melampau.
3.
Berlakunya campur-aduk dengan fahaman kebatinan.
4.
Eksploitasi pihak yang mempunyai agenda peribadi.
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN
1.
Dakwaan (Mudda’ei) dr sudut Ilmu, Mursyid Syeikh, Sanad, Salsilah.
2.
Taklid/Taslim buta kepada Mursyid
3.
Taksub Melampau
4.
Agenda Peribadi (Kedudukan Mulia, Material dll)
5.
Bertopengkan Tarekat/Tasawuf bg mengelabui org ramai
6.
Amal tanpa ilmu/ Ilmu tanpa amal
FAKTOR LUARAN
1.
Musuh bukan Islam bg lemahkan roh Islam.
2.
Kejahilan ilmu
3.
Propaganda/ Fitnah
4.
Sumber rujukan tidak tepat & Tidak mengikut disiplin bidang
5.
Merujuk kepada bukan ahli
6.
Fahaman Wahabi, Liberal
PERSEPSI DAN
PENILAIAN
Sukar
memerangi Ajaran Sesat dalam konteks ini kerana banyak menggunakan kaedah dan
istilah tasawuf dalam pengajaran
Penyebar
menggunakan pendekatan tarekat seperti kumpulan kecil, peraturan dengan guru,
izin guru, hubungan guru dan murid, rahsia ajaran, rabitah, tawassul, ayat al-Qur’an dan hadis Nabi s.a.w. dll.
Penyebar
mengguna istilah-istilah Tasawuf seperti maqam, fana, syariat, tarekat,
hakikat, makrifat, wahdat al-wujud, ittihad, hulul, syatahat dll.
Penyebaran
melalui buku/nota menyukarkan apabila tiada maklumat dan keseriusan.
Tiada
keahlian@ kemahiran klgn mereka menangani isu ini.
Banyak hujah yang
digunakan oleh golongan tasawuf contohnya hadith didakwa tidak mengikut
disiplin ilmu yang diperakui (tiada sumber). Banyak bahan-bahan penulisan yang
dihasilkan dalam ilmu tasawuf juga didakwa tidak bersumber dari Rasulullah SAW.
Metodologi ilmu hadith dalam ilmu tasawuf perlu diteroka kerana timbul persoalan
adakah semua hadith telah dijumpai.
Sesetengah
pengamal tarikat tasawuf yang terlalu taksub sehingga mengatakan semua pihak
yang mendakwa diri sebagai tarikat adalah betul dan tidak salah sama sekali.
Bertopengkan tasawuf serta menisbahkan diri kepada tasawuf.
mereka yang menabur fitnah yang berterusan kepada
pengamal tasawuf dengan tohmaham-tohmahan yang tidak bertepatan. Mereka
memburuk-burukkan tasawuf dengan berbagai-bagai cara sedangkan mereka ini tiada
kaitan langsung dengan tasawuf.
Allah Taala menzahirkan penyelewengan pendakwa
kesufian yang menyeleweng untuk membezakan dengan ahli sufi yang sebenarnya.
MUSUH TAREKAT &
TASAWUF
Golongan yang mendakwa tasawuf dengan segala
penyelewengan dan percanggahan bukanlah merupakan gambaran kepada tasawuf.
Menyerang dan menfitnah Tasawuf dan Tarekat Islam
dengan pelbagai pendustaan dan rekaan cerita semata-mata. Mereka juga akan
melontarkan berbagai-bagai tohmahan dan penyelewengan mungkin disebabkan oleh
perasaan hasad dengki mereka ataupun mungkin juga disebabkan kejahilan diri
mereka sendiri terhadap agama Islam.
Memusnahkan pokok pangkal Islam dengan menimbulkan
pelbagai keraguan serta menyebarkan fahaman-fahaman untuk memecahkan umat
Islam. Mereka mempelajari Islam secara mendalam tetapi bertujuan untuk
menyeleweng dan memusnahkan Islam.
Mereka yang jahil dengan hakikat tasawuf Islam itu
sendiri. Mereka tidak mempelajari daripada tokoh-tokoh ulama sufi dan mursyid
yang sebenar..
Mengkaji sendiri kitab-kitab tasawuf sedangkan
mereka tidak mempunyai asas dan tidak memahami maksud sebenar serta mereka juga
tidak mengetahui tentang penyelewengan terhadap kitab-kitab tersebut oleh
musuh-musuh tasawuf Islam. Maka akan timbullah pandangan negatif dan berburuk
sangka terhadap tasawuf ini.
Tarekat yang sesat itu sebenarnya bukanlah dinamakan
tarekat tasawuf bahkan mereka ini Pendakwa ‘mud’daei’ sebagai pengamal
tasawuf, akan kerana mereka menyeleweng dari landasan yang telah ditetapkan
oleh Islam.
Golongan
Salafi Wahabi, Liberal
KESAN
1.
Tindakan undang-undang dikenakan.
2.
Tarekat tersebut diharamkan.
3.
Istilah Tasawuf ditakuti dan disalah ertikan. ‘Sufifobia’
4.
Silibus ilmu Tasawuf dimansuhkan dalam pembelajaran.
5.
Penerbitan bahan bacaan berkaitan tarekat tasawuf berkurangan.
6.
Umat Islam ketandusan kaedah pengisian jiwa.
7.
Islam terus dianggap jumud.
8.
Umat Islam disuapkan dengan idealogi, pemikiran barat serta fahaman bukan ASWJ.
9.
Tiada keahlian @ keilmuan kalangan mereka yang menilai/ menangani isu berkaitan
Tarekat/Tasawuf & Tidak dirujuk kepada ahli Dalam Bidang Ini.
10.
Satu keputusan dibuat bahawa agensi tertentu tidak boleh mengiktiraf tarekat-tarekat
tertentu kerana dibimbangi ada berlaku penyelewengan dalam aspek tertentu.
SOLUSI DAN CADANGAN
1. ASPEK KETULENAN ILMU TASAWUF
HENDAKLAH DIKENAL PASTI.
a.
Meningkatkan
kefahaman yang tepat mengenai tasawuf menurut pandangan syarak. Pengajian dan
Irsyad. Mengembalikan kefahaman tasawuf sebagai metod tarbiah dan dakwah di
dalam Islam. Memberi penerangan kepada masyarakat awam tentang ilmu
tasawuf yang sahih melalui media, penulisan, wacana dan lain-lain.
b.
Menyediakan panduan
yang tepat mengenai ilmu tasawuf dan tarekat yang sahih sebagai alternatif.
Pengiktirafan Tarekat Sahih/Muktabar (Jab. Mufti Negeri Sembilan).
c.
Mengadakan seminar
dan bengkel tasawuf bagi mengupas isu-isu yang berkaitan tasawuf oleh pakar
dalam bidang tasawuf dan tarekat.
d.
Mengeluarkan bahan
penerbitan berkaitan dengan ilmu tasawuf. Mengenalpasti karya tasawuf yang
muktabar dalam bidang ilmu tasawuf dan tokoh-tokohnya. Membangun
perkongsian maklumat dan sebaran berkenaan tarekat/tasawuf didalam media siber
e.
Senarai nama
tokoh-tokoh ahli tasawuf dan tarekat yang muktabar perlu disediakan sebagai
rujukan serta mewujudkan pangkalan data Maklumat lengkap rujukan tentang
Tarekat dan Tasawuf.
2.
ASPEK DAN UNSUR PENYELEWENGAN DAN KEKELIRUAN ILMU TASAWUF HENDAKLAH
DIKENAL PASTI .
a.
Mengenalpasti
unsur dakwaan dan penyelewengan yang berunsur tarekat/tasawuf/kesufiaan. Isu-isu
kontroversi dan pertikaian berkaitan tarekat/tasawuf bagi tujuan penjelasan,
penerangan, penghujahan secara ilmiah. Dokumentasi dan pangkalan data.
b.
Menyelesaikan permasalahan penyelewengan akidah yang bertopengkan ajaran
tasawuf dan tarekat yang berleluasa di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
c. Bekerjasama dengan
institusi tarekat Tasawuf yang muktabar seperti Majlis Sufi Indonesia dan
Majlis Sufi Mesir dalam menangani penyelewengan yang dinisbahkan dengan ilmu
tasawuf dan tarekat Sufi.
3. STRATEGI
a.
Memandangkan
wujudnya berbagai-bagai aliran dan kumpulan pengamal Tarekat Tasawwuf yang
sering disalah fahami, dengan ini diseru supaya ditubuhkan satu ’KESATUAN’ atau ’RABITAH’ yang menyatupadukan semua Kumpulan Tarekat Dan Tasawuf yang
sahih/muktabar bagi Gerak-kerja yang sistematik dalam mempertahankan dan
mengembangkan Tarekat Dan Tasawuf.
b.
Mengenalpasti
kumpulan pakar (Ahli Turuq
Sufiah/Tasawuf) dalam hal ehwal tasawuf dan menyediakan senarai ahli sebagai
rujukan (Panel Kajian Tarekat Tasawuf).
Penilaian terhadap sesuatu ilmu tasawuf dan tarekat hanya layak dinilai oleh
ahli dalam bidang tasawuf dan tarekat.
c. Bekerjasama dengan
Institusi Tarekat Tasawuf yang Muktabar seperti Jabatan Mufti Negeri Sembilan,
Majlis Sufi Indonesia dan Majlis Sufi Mesir.
SYOR
1.
Mengarusperdanakan
Tarekat Tasawuf.
2.
Memantapkan
Pengamalan Tarekat Tasawuf dan IRSYAD.
3.
Pembangunan
Dan Penyemarakkan Pengajian, Majlis Zikir, Selawat, Hadrah, Maulid DLL.
4.
Mewujudkan
Pangkalan Data Dan Dokumentasi Bahan Penerbitan Berkaitan Tarekat Tasawuf.
5.
Merungkai
Permasalahan, Kekeliruan Dan Isu Berkaitan Tarekat Tasawuf bagi membetulkan
persepsi & Penilaian terhadap Tarekat dan ilmu Tasawuf.
6.
Memperkasakan
Medium Rujukan Dan Kemudahan Bagi Hal Ehwal Tarekat Tasawuf. Penyebaran ilmu
dan maklumat melalui medium media dan program.
7. Kerjasama Dan Hubungan Strategik Antara Tarekat Dalam
Negara, Serantau Dan Antarabangsa:
a.
Kesatuan
atau ‘Rabitah’ Abnaa’/Ikhwan Sufi /Tasawuf bagi Gerak Kerja Dan Pemuafakatan
Kerjasama.Berikut Cadangan Objektif dan Fungsi Rabitah:
OBJEKTIF
1. Menyuburkan pengamalan Islami dan
penghayatan Ilmu Warisan Nabawi.
2. Membentuk kesatuan hubungan sesama
pengamal,pendokong dan muhibbin.
3. Menyemarak majlis-majlis berkaitan
Sufi/Tarekat /Tasawuf melalui pelbagai medium secara bersepadu.
4. Memberi kefahaman, penjelasan yang
betul mengenai Sufi/Tarekat /Tasawuf sebagai aspek penting dalam agama,
pengamalan,keilmuan dengan mekanisme yang betul dan saluran pelbagai medium.
5. Sebagai platform menjadikan pusat rujukan
muktabar dan pangkalan data maklumat
berkaitan Sufi/Tarekat /Tasawuf di Malaysia.
6. Menyebarluaskan dan Mengambil intipati khazanah ulama dan karya
turas Islami (Arab/Jawi) kepada masyarakat sama ada melalui pengajian, sebaran
maklumat, wacana, program dan sebagai teras memperkasa jatidiri Melayu Islami.
FUNGSI
1. Menjana pemikiran dan merancang strategi untuk
memartabatkan kerohanian Islam dan pemerkasaan ad-Din menurut kerangka Ahli
Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) .
2. Mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang efektif untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan;
3. Mengenal pasti isu-isu semasa dan mengkaji isu yang dilontarkan melalui semua saluran media
massa oleh mana-mana pihak bagi menangkis salah faham yang ditimbulkan;
4. Penjelasan, Penerangan dan Menangkis salah faham dan
tohmahan dan memperbetulkan yang timbul di kalangan pihak terbabit agar
masyarakat awam tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir salah yang
diuar-uarkan;
5. Menyampaikan maklumat yang betul dan keilmuan kepada
masyarakat melalui media massa dan program-program seperti seminar, wacana
ilmu, maulid, hadrah zikr, selawat, qasidah dan sebagainya;
6. Menyediakan pengajian berkonsep ilmu warisanan Nabawi dan
program-program berkaitan dari masa ke semasa.
7. Mewujudkan pusat maklumat, pangkalan data dan bahan
rujukan serta media sama ada media cetak, media siber dan media elektronik.
8. Membentuk jalinan dan kerjasama sesama pengamal,
pendokong dan muhibbin di Malaysia, serantau dan antarabangsa dan Menjalin
kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak yang boleh memberikan manfaat sama
ada di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.
b.
Aktiviti dan Program.
c.
Hubungan Strategis: Mesir (Majlis A’la
Turuq Sufiyyah), Indonesia (Jam’iyyah Thoriqoh Muktabaroh Nahdiliyyah), Jilsah
Turuq Sufiah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan Dll.
*
NOTA MUZAKARAH IJTIMA’ TAREKAT SUFI
(MITAS) KALI PERTAMA 2013
Disediakan
oleh:
Rizhan
el-Rodi
www.facebook.com/alamilmi