Friday, 6 December 2013

Pendekatan Tasawuf Dan Tarikat : Wadah Pemerkasaan Jati Diri Ummah-Syarahan Perdana Prof. Zakaria Stapa

Pendekatan Tasawuf Dan Tarikat : Wadah Pemerkasaan Jati Diri Ummah-Syarahan Perdana Prof. Zakaria Stapa


Sempena Syarahan Perdana Jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 08 Jun 2012 di UKM, Seorang ilmuan pengajian Islam mencadangkan ilmu Tasawuf dan Tarekat di jadikan sebagai satu komponen dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam sekolah menengah dan juga dalam pengajian tidak formal di masjid dan surau.
Penasihat Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Zakaria Stapa berkata kaedah ini akan dapat menangani gejala buruk maksiat, rasuah, jenayah dan keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat Islam negara ini.
Berucap dalam Syarahan Perdana Profesornya Beliau yakin jika ianya ditadbir dan dilaksanakan dengan baik kepada masyarakat, maka jati diri rakyat Islam negara ini akan terjamin dan dapat diserlahkan dengan jelas dan cemerlang.
Prof Zakaria memberikan syarahannya atas tajuk Pendekatan Tasawuf dan Tarekat: Wadah Pemerkasaan Jati Diri Ummah di kampus UKM  di sini.
Beliau berkata ilmu tasawuf dan tarekat mesti didedahkan kepada masyarakat dengan sepenuhnya untuk menangkis beberapa kekeliruan dan salah faham yang berlaku sejak sekian lama mengenainya.
Satu daripadanya ialah umat Islam di Malaysia kurang memahami ilmu tasawuf dan tarekat, malah mempunyai pandangan serong terhadap ilmu itu.
Hal ini timbul kerana ilmu tasawuf dan tarekat tidak dimasukkan ke dalam silibus Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara dan tidak didedahkan kepada masyarakat awam dalam pengajian agama secara tidak formal di masjid dan surau, kata Prof Zakaria.
Dalam pada itu tasawuf dan tarekat dikaitkan pula dengan fenomena ajaran sesat atau dakwah songsang yang muncul dari masa ke semasa.
Namun, perihal ketidak fahaman merata ini tidak wajar dibiarkan terus menguasai ummah.
Prof Zakaria menganggap usaha mempelajari dan mengamalkan aspek tertentu daripada ilmu ini merupakan satu fardu ain ke atas setiap umat Islam.
Ia perlu untuk ummah kerana pendekatan pengalamannya amat sesuai menjadi alat dan wahana pembentukan jati diri ummah selain dapat pula menyelesaikan kemelut akhlak dan nilai negatif yang melanda ummah masa kini, tambah beliau.

Oleh itu, satu strategi penyelesaian mesti dirangka dengan komponen utama kandungan ilmu ini yang boleh menjamin terbinanya kefahaman yang tepat.
Selok-belok ilmu hendaklah didedahkan kepada masyarakat menerusi pendidikan formal dan tidak formal.
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, tasawuf dan tarekat bukanlah sesuatu yang baru dan asing. Islam itu sendiri dibawa masuk dan disebarkan di rantau ini oleh golongan Sufi.
Walau bagaimanapun beliau berkata kajian selama lebih 30 tahun menunjukkan anggota masyarakat Islam Malaysia masa kini belum memahami dengan baik dan jelas tentang selok-belok isu kandungan ilmu tasawuf dan tarekat.
Dalam kajian lain yang dijalankannya beberapa tahun lalu, beliau mendapati penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi faham ajaran itu tetapi mereka tidak tahu dan berupaya menghayati atau amalkan apa yang diajar mengenainya.
Beliau menganggap pembelajaran ilmu tasawuf dan tarekat sebagai fardu ain dan memadai bagi seseorang itu mengetahui ilmunya pada peringkat sekolah.
Dalam konteks sesebuah institusi tarekat, guru atau Shaykh menjadi rujukan utama. Segala kegiatan pertubuhan berkenaan tertakluk dan berpusat secara mutlak berdasarkan kehadiran Shaykh, tambah beliau.
Profesor Zakaria dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan pada 1951 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama-Arab Al-Ihsan, Tanah Merah dan Sekolah Maahad Muhammadi, Kota Baru, Kelantan dan Kolej Islam Klang. Beliau memperolehi ijazah pertamanya dari UKM dan ijazah doktor filsafah dari University of Durham, UK. 
BANGI, 8 Jun 2012
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin (UKM)

Usaha mengukuhkan penghayatan ilmu tasawuf bagi pemerkasaan jatidiri masyarakat pada pandangan Profesor Zakaria menuntut pembangunan beberapa langkah asas.  Pertama ialah keperluan kepada usaha membetulkan salah faham atau persepsi negatif masyarakat terhadap ilmu tasawuf itu sendiri. Ini kerana, dalam banyak penemuan kajian,ilmu tasawuf sering dipandang serong oleh sebahagian besar masyarakat, malah dalam keadaan tertentu dikaitkan dengan ajaran ilmu sesat. Ia juga kadang-kadang dilihat sebagai satu ilmu dan amalan ketinggalan zaman serta mendorong kemunduran. Kesannya, masyarakat menjauhkan diri dari mendekati ilmu ini apatah lagi untuk mengamalkannya. Langkah kedua ialah tuntutan untuk membangunkan ilmu ini secara sistematik dan membuka ruang pembaharuan dalam tafsiran berkenaan kandungan, amalan dan pendekatannya secara segar dan dinamik agar sejajar dengan keperluan masyarakat semasa. Inilah antara dua langkah asas yang akan memastikan ilmu tasawuf dapat berkembang di arus perdana masyarakat hari ini.
Hakikatnya, ilmu tasawuf lahir sumber keagamaan Islam. Pandangan yang menganggap ilmu ini tidak lahir dari ‘rahim’ keagamaan Islam adalah tidak tepat. Dalam pengajian iImu-ilmu Islam, ilmu tasawuf dibahaskan secara berangkai dengan ilmu Tauhid dan ilmu Fekah. Ia merupakan salah satu ilmu pelengkap kepada kesempurnaan hidup beragama.
·         Syarahan beliau dibukukan oleh Penerbit UKM, 2012 dengan harga RM15





PENGALAMAN PENYELIDIKAN/PENULISAN ILMIAH PROF.:
1. Paradigma Pemikiran bukan Melayu terhadap kepimpinan Melayu di Malaysia, 2010-2012, Geran Fundamental, UKM-11KH-05-FRGS0082-2010, Penyelidik Bersama.
2.Pemerkasaan Identiti Melayu Melalui Peradan Islam, 2009-2011, Projek Arus Perdana, UKM-AP-CMNB-19-2009/4, Ketua Projek.
3.Kajian Keberkesanan Modul Pengajian Islam di Pusat-Pusat Serenti, 2009-2010, Dana Luar,PP-022-2009, Ketua Projek.
4.Aplikasi Strategi Pembelajaran dalam merealisaikan keperluan Pasaran:  Kajian dalam kalangan pelajar-pelajar Pra Siswazah FPI, 2009-2010, Penyelidikan Tindakan/Strategi, UKM-PTS-030-2009, Ketua Projek
5. Sumbangan Peradaban Arab-Islam Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia, 2008-2011, Geran Universiti Penyelidikan UKM-GUP-JKKBG-08-10-040, Penyelidik Bersama.
6. Penilaian Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah Agama Negeri dan Rakyat, 2007-2010, Geran Universiti Penyelidikan, UKM-GUP-TKS-07-08-085, Penyelidik Bersama.
7. Akidah sebagai pemangkin Survival Politik Muslim Malaysia, 2007-2009, Geran Universiti Penyelidikan, UKM-GUP-TKS-07-08-081, Ketua Projek.
8.Hala tuju Pengajian Islam di Malaysia, 2007-2009, Dana Luar, PP-010-2007, Ketua Projek.
9. Nilai Keagamaan Masyarakat Merlayu dalam Arus globalisasi, 2001-2003, Dana UKM, AP 1/2000, Ketua Projek.
10.Keberkesanan Kelas Pengajian Takmir Masjid/Surau seluruh Malaysia, 2001-2002, Dana Luar, Penyelidik Bersama.
11. Kajian Keberkesanan Program Pemulihaqn Dadah ke Arah Penyediaan Modul Pendidikan Islam di Pusat-Pusat Serenti, 2003-2005, IRPA, 07-02-02-0035-EA278, Ketua Projek.
12. Pemikiran Zainiddin Labay El-Yunusy Dalam pergerakan kaum muda di Minagkabau, 2006-2009, Tabung Fakulti, PP-015-2006, Ketua Projek.
13. Adab-adab suluk Shaykh Abdul Wahab Rokan:  Penilaian Kritis ke Arah mengadaptasi bagi pembentukan akhlak masyarakat, 2006-2009, Tabung Fakulti, PP-016-2006, Ketua Projek.
14.Masalah dan persepsi penjawat-penjawat Awam dalam sektor Agama Terhadap perkhidmatan dan kemudahan, 2001, Dana Luar, Penyelidik Bersama.
15. Kajian Kemahiran Tilawah al-Qur’an Tahap I dan Tahap II Serkolah Rendah Semenanjung Malaysia, 1997-1999, Dana Luar, Ketua Projek.
16. Akidah dan Tasawuf di Kalangan Orang Islam ditinjau daripada Perspektif Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah:  Kajian Kes di Kelantan, 1980-1982, Kod Projek 40/80, Penyelidik Bersama.
17. Penghijrahan Tenaga Kerja dari Kelantan ke Singapura:  Satu Tinjauan Permasalahan Kemerosotan Akhlak, 1982-1984, Kod Projek 44/82, Ketua Projek.
18. Persepsi Artis Muslim terhadap nilai Keagamaan dan kesannya ke atas golongan remaja, 1993-1995, kod Projek 28/93, Penyelidik Bersama.
19. Amalan Tarekat Tasawuf di Malaysia, 1996-1998, kod Projek P/4/96, Ketua Projek.
20. Denamika Kehidupan Bandar:  Fokus kepada Penghayatan Islam, 1999-2001, Projek Arus Perdana UKM, Penyelidik Bersama.
21. Isu-isu akidah umat Islam Malaysia, 2000, Dana Luar (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Penyelidik Bersama.
Karya Asli
                        1.         Zakaria Stapa, 1993 :  Ibn Arabi Tokoh Sufi (560H/638H - 1165M/1240M), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
                        2.         Zakaria Stapa, 1993 :  Beberapa Aspek Kefahaman IslamPersoalan Ketuhanan Dan Kemanusiaan, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
                        3.         Zakaria Stapa, 1994 :  Masyarakat Islam Dan Isu Semasa.  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur.
                        4.         Zakaria Stapa, 1995 :  Akhlak Dan Tasawwuf  Islam.  Berita Publishing Sdn.  Bhd., Kuala Lumpur.
                        5.         Zakaria Stapa, 1996 : Tasawwuf Dan Empat Tokoh Sufi,  Dewan Bahasa  Dan Pustaka, Kuala Lumpur..
                        6.         Zakaria Stapa, 1998 : Tokoh Sufi dan Penyelewengan Akidah Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
                        7.         Zakaria Stapa, 1999 :  Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim.  Utusan Publication, Kuala Lumpur.
8.                  Zakaria Stapa, 1999:  Pendekatan Tasawuf: Penyelesai Kemelut dan Penjana Personaliti Ummah.  Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu.
9.                  Zakaria Stapa, 1999:  Kepercayaan kepada yang Ghaib (Risalah Kecil).  Jabatan Agama Islam Perak, Ipoh, Perak.
10.              Zakaria Stapa, 2001Institusi Tarekat Dalam Ilmu Tasawuf:  Satu Pengenalan.  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Ipoh Perak.
11.              Zakaria Stapa, 2008:  Rasulullah s.a.w. Penjana Ummah Gemilang (Risalah Khas Sambuntan Maulidur Rasul Peringkatan Kebangsaan      1429H/ 2008M.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Puterajaya, Malaysia.
12.              Zakaria Stapa et al, 2008:  Nilai Keagamaan Mahasiswa Melayu Dalam Arus Globalisasi.  Siri Monograf Pembangunan Insan dan Tamadu Islam.  Fakulti Pengajian Islam, Univerditi Kebangsaan Malaysia, Bangi.
            C.1.2   Buku Terjemahan
1.      Zakaria Stapa dan Mohamad Asin Dollah (terj. & Pengantar), 1993    :  al-Qur’an dan Orientalisme, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2.                  Zakaria Stapa (Terj. dan Pengenalan) 1994 : Kedudukan Hadith Dalam Islam.  Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
            C.1.3   Buku Suntingan/Selenggaraan       
                        1.         Zakaria Stapa (Penyusunan Bersama Jawatankuasa Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam DBP), 1991 : Istilah usuluddin dan Falsafah Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
                        2.         Zakaria Stapa dan Dr. Mohd Asin Dollah (Pyt.), 1992 : al-Qur’an Dalam     Beberapa Perspektif : Seminar Pengajian al-
                                    Qur’an Peringkat Kebangsaan, Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
                        3.         Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah (Pyt.). 1996 : Islam : Akidah dan KerohanianPenerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
                        4.         Zakaria Stapa (pyt.) 1997 akidah dan Tasawuf.  Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, Kuala Lumpur..
                        5.         Zakaria Stapa dan Fariza Md. Sham (pyt.) 1998:  Sejarah Dan Pemikiran Islam.  Fakulti Pengajian Islam, UKM.
                        6.         Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah (pyt.), 1998 :  Islam:  Akidah dan Kerohanian.  Edisi Kedua.  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
7.                  Zakaria Stapa (Pengr.), 1999: Islam dan Cabaran Ke Arah Kecemerlangan Ummah.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
8.                  Zakaria Stapa et al (Pyt.).  2001: Kajian Ilmu-ilmu Islam.  Jil. 2.        Fakulti Pengajian Islam, UKM., Bangi, Selangor.
9.                  Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah (Pyt.).  2001.  Islam:  Akidah dan Kerohanian.  Edisi Ketiga.  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
10.    Zakaria Stapa (Pengr.)  2002.  Islam:  Pemikiran dan   Penghayatan.  Johor Baharu:  Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Johor.
11      Zakaria Stapa, Abdull Rahman Mahmood dan Jaffary Awang (Pyt.).         2009.  Survivaql Politik Muslim Malaysia.  Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
            C.2      Makalah Dalam Jurnal
                        1.         Zakaria Stapa, 1989 : “A Brief Survey and Analitical Discussion on  the origins and Nature  of Sufism”, Hamdard Islamicus, XII(2): 75 - 91.
                        2.         Zakaria Stapa, 1991 : “A Discussion on Tawhid : The Viewpoint of the Sufis”, Hamdard Islamicus, Xvi(1): 53-66.
                        3.         Zakaria Stapa, 1991 : “Muslim Theology and Sufism : A General   Survey of    Relation     and  Reaction in the History of Islamic Thought”, Hamdard Islamicus XVI (3): 49 - 70.
                        4.         Zakaria Stapa, 1993 : “The Origins and Historical Background of the Kalam : An Overview Discussion”, Hamdard Islamicus XVI(1): 39 - 65.
                        5.         Zakaria Stapa, 1996 : “A Discussion on the the concept of Tawhid : The Viewpoint of the Mu’tazilites”, Hamdard Islamicus Vol. XVIV(1): 37 - 45.
                        6.         Zakaria Stapa, 1984 : “Raba’ah al-Adawiyah dan Konsep Cinta Ilahi”, Islamiyat, Vol. 5 (1984):  3-14.
7.                  Zakaria Stapa, 1988 : “The True Nature of Tawhid and its Relation To the Problem of the Muslim in the Modern World”, Islamiyat,  Vol. 9 (1988) :  45-58.
                        8.         Zakaria Stapa, 1989 : “Sumber Asal dan Nature Ilmu Tasawuf : Satu Perbincangan yang Bersifat Analitikal”, Jurnal Penyelidikan Islam, bil. 7 (1989) :  79 - 100.
                        9.         Zakaria Stapa, 1990 : “Ibn Ata Allah al-Sakandari : Tokoh Utama Tariqat al-Shadiliyyah”, Jurnal Hikmah, bil. 4 (1990) :  37 - 48.
                        10.       Zakaria Stapa, 1995 : Persoalan kedudukan Hadith Dalam Islam, Jurnal Penyelidikan Islam, bil. 9 (1995) : 79 - 90.
                        11.       Zakaria Stapa, 1996 : “Islam dan Kecemerlangan Ummah” al-Maw’izah, Jil. 4 (Jun, 1996) : 63-74).
                        12.       Zakaria Stapa 1996 : “The Status and Position of the Qur’an : An Analytical Discussion”.  Islamiyyat, 17 (1966) : 19 - 31.
                        13.       Zakaria Stapa, 1997 : Negara Malaysia Yang Maju dan Berakhlak Mulia : Realiti dan Kemungkinan, Jurnal IKIM, Vol. 5 no. 1 (Januari /Jun, 1977): 123 - 147.
                        14.       Zakaria  Stapa, 1997: “Kepercayaan Kepada Yang Ghaib : Tumpuan Khusus Kepada Peranan Makhluk Jin Dalam Kehidupan  Makhluk Manusia”.  Jurnal Usuluddin.  Bil. 7 (Disember, 1997) : 47-74.
                        15.       Zakaria Stapa, 1998 :  “Penulisan Ilmiah dalam Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi :  Sebuah Catatan Panduan”.  al-Maw’izah.  Jil. 6 (Jun, 1998):  83-92.
                        16.       Zakaria Stapa, 1999: “Ancaman Pasca Moden dan Faham Pasca Modenisme Terhadap Akidah dan Akhlak Umat Islam Masa Kini”.  Al-Maw’izah.  Jil. 7 (Jun, 1999) : 1-13.
                        17.       Zakaria Stapa, 1999: “Pendidikan Islam dan Ancaman Masa Kini”.  Jurnal Pemikir.  Bil. 17 (Julai-September, 1999): 121-153.
18.              Zakaria Stapa 2000: “A Discussion on the concepts of Tawhid: The Viewpoint of al-Ashcari”.  Hamdard Islamicus.  Vol.XXIII (April-Jun, 2000): 55-60.
19.              Zakaria Stapa, 2001:  “Status, hak dan tanggungjawab wanita Islam”.  Jurnal Pemikir.  Bil. 24 (April-Jun, 2001): 111-141.
20.              Zakaria Stapa, 2001:  “Cabaran Terhadap Umat Islam, Khususnya Golongan Remaja Pada Abad ke-21”.  Jurnal YADIM.  Bil. Pertama (April, 2001): 161-201.
21.              Zakaria Stapa, 2001:  “Insan Kamil:  Ciri dan Proses Pembentukan”.  Afkar.  Bil. 2 (Jun, 2001): 43-60.
22.              Zakaria Stapa, 2001:  “A Discussion on the Concept of Tawhid:  The Viewpoint of Early Islamic Sources”.  Hamdard Islamicus.  Vol. XXIV.  No. 4 (October-December, 2001): 7-35.
23.              Zakaria Stapa, 2002:  “Akhlak Islam dan Gaya Hidup Muslim Semasa:  Aanalisis Konsep dan Agenda Bertindak”.  Jurnal YADIM.  Bil 3  (Jun, 2002): 51-66.
24.              Zakaria Stapa, 2003:  “al-Imam al-Shafi’i dan Persoalan Pemantapan Pembangunan Ummah Masa Kini”.  Jurnal YADIM.  Bil. 4  (April, 2003):  82-98.
25.              Zakaria Stapa, 2003:  “Khurafat Antara Dua Dimensi:  Konservatif dan Kontemporari”.  Jurnal YADIM.  Bil. 5 (Disember, 2003):  85-101.
26.              Zakaria Stapa et al, 2003:  “Kajian keberkesanan kelas pengajian takmir masjid/surau”.  Jurnal Penyelidikan Islam JAKIM.  Bil. 16 (2003M./1424H.):  155-165.
27.              Zakaria Stapa, 2004:  “Isu-isu Kontroversi Akidah dalam Media Massa”.  Jurnal Penyelidikan Islam JAKIM.  Bil. 17 (2004M./1425H.):  131-146.
28.              Zakaria Stapa, 2005:  “Menangani Persoalan Penyakit Sosial melalui pendidikan kerohanian Islam”.  Jurnal YADIM.  Bil. 7 (Disember, 2005):  21-44.
29.              Zakaria Stapa, 2005:  “Islam dalam negara Malaysia masa kini:  Analisis dari aspek fakta dan cabaran”.  Jurnal Penyelidikan Islam JAKIM.  Bil. 18 (2005M/1426H.): 69-93.
30.              Zakaria Stapa, 2006:  “Ulama Penggerak penguasaan ilmu:  Iktibar daripada ketersohoran al-Ghazali”.  Pemikir.  Bil. 43 (Januari-Mac, 2006): 65-82.
31.              Zakaria Stapa, 2007:  “Masjid membangunkan masyarakat hadhari”.  Jurnal YADIM.  Bil. 9 (Januari, 2007):  52-65.
32.              Zakaria Stapa, 2009: “Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam”. Jurnal Hadhari: An International Journal. Bil. 1 (2009/1430): 35-48.
           
            C.3      Makalah Dalam Antologi/Bab Dalam Buku/Prosiding
                        1.         Zakaria Stapa, 1983 : Wahdat al-Wujud Daripada sudut pandangan Ibn Arabi, dalam Haji Muhammad Bukhari Lubis (pnyt.).  Di Sekitar Sejarah Dan Tamadun Islam, jil. 2, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 111-118.
                        2.         Zakaria Stapa, 1992 : Falsafah Islam atau Falsafah Muslim, dalam Ibrahim Abu Bakar (pnyt.), Spektrum Falsafah Islam, Terbitan Tak Berkala, No. 1. Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 9 - 29.
                        3.         Zakaria Stapa, 1993 : Status Dan Kedudukan Konsep Tawhid Dalam Sumber-sumber Islam Terawal, dalam Dr. Jawiah Dakir (pnyt.), Kajian Sekitar Permasalahan al-Tafsir dan al-Hadith, Terbitan Tak Berkala No. 2, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 111-123.
                        4.         Zakaria Stapa, 1993 : Konsep Tawhid :  Satu Pendekatan dari sudut Pandangan sufi, dalam Mohamed Yusoff Hussain, Abdul Shukor Hj. Husin, Idris Zakaria dan Anisah Zainal Abidin (pnyt.), Isu-isu Dalam Usuluddin dan Falsafah, Penerbit UKM, bangi, 106 - 116.
                        5.         Zakaria Stapa, 1993 : Kefahaman Tasawuf Di Kalangan Muslim Kelantan, dalam Mohammed Yusoff Hussain, Abdul Shukor Hj. Husin, Idris Zakaria dan Anisah Zainal Abidin (pnyt.), Isu-isu Dalam Usuluddin dan Falsafah, Penerbit UKM, Bangi, 117-132.
                        6.         Zakaria Stapa (terj.), 1993 : Istilahat al-Suffiyah, dalam Zakaria Stapa, Ibnu Arabi Tokoh sufi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 79-105.
7.                  Zakaria Stapa,  1995 : “Konsep Hijrah Dan Hubungannya Dengan Proses Pembinaan Nilai Murni Dalam Kehidupan”.  Dalam Hijrah Membina Nilai Murni, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
            Menteri, Kuala Lumpur, 19-31.
8.                  Zakaria Stapa, 1995 : Citra Ilmu Tasawuf Dalam Sudut  Pandangan Golongan Orientalis.  Dalam Indriaty Ismail (Pnyt.) Islam Dalam Persepsi Orientalisme.  Terbitan Tak Berkala 3, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM, 65-85.
9.                  Zakaria Stapa, 1996 : “Ibn Kaldun dan Ilmu Tasawuf : Satu Analisis Berdasarkan kita Shifa’ al-Sail li Tahdhib al-Masa’il”.  Dalam Kamaruddin Salleh dan Ahmad sunawari Long (pnyt.).  Pemikiran Ibn Khaldun.  Terbitan Tak Berkala No. 4. Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM., hlm. 50-60.
                        10.       Zakaria Stapa, 1996 : “Pencapaian dan pemahaman konsep Tauhid di kalangan Ahli Sufi dan Mutakallimun”.  Dalam Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah.  (pnyt.).  Islam :  Akidah dan Kerohanian, Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm. 82-94.
                        11.       Zakaria Stapa, 1996 : “Konsep Tauhid Dalam Zaman Awal Islam”.  Dalam Jawiah Dakir (pnyt.).  Kewibawaan al-Tafsir dan al-Hadis.  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm. 72-78.
                        12.       Zakaria Stapa, 1996 :  “Islam Agama Keselamatan dan Kesejahteraan”.  Dalam Mohamed Asin Dollah (pnyt.)  Dimensi Agama dan Falsafah.  Terbitan Tak Berkala no. 5.  Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. hlm. 1-17.
                        13.       Zakaria Stapa, 1997 :  “Konsep zuhud Dalam Islam Dan Hubungannya Dengan Kehidupan Muslim Malaysia Masa Kini”.  Dalam Indriaty Ismail (pnyt.).  Minda Usuluddin.  Terbitan Tak Berkala no. 6, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM., hlm. 105-118.
                        14.       Zakaria Stapa, 1997 :  “Wajah Tasawuf Dalam Penglihatan Ulama Bukan Sufi”.  Dalam Zakaria Stapa (pnyt.). Akidah dan Tasawuf.  Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM, Kuala Lumpur, hlm. 67-84.
                        15.       Zakaria Stapa, 1997 : Tazkiyat al-Nafs:  Kepentingan dan Mekanisme Pelaksanaan”.  Dalam Zakaria Stapa (pnyt.).  Akidah dan Tasawuf.  Bahagian Hal-ehwal Islam, JPM, Kuala Lumpur, hlm. 87-97.
                        16.       Zakaria Stapa (terj.), 1997.  “Zuhud :  Apa Pengertian Sebenarnya”.  Dalam Zakaria Stapa (pnyt.) Akidah dan Tasawuf.  Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, hlm. 101-123.
                        17.       Zakaria Stapa (terj.), 1997:  “Abu Talib al-Makki Dan Kitab Beliau Qut-Qulub”.  Dalam Zakaria Stapa (pnyt.)  Akidah dan Tasawuf.  Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, hlm. 125-142.         
                        18.       Zakaria Stapa, 1998 :  “Konsep Akidah dan Pandangan al-Ghazali Mengenai Proses Pendidikan Akidah”.  Dalam Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah (pnyt.). Islam :  Akidah dan Kerohanian.  Edisi Kedua.  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm. 102-114.
                        19.       Zakaria Stapa, 1998 :  “Konsep Wahdat al-Wujud :  Tumpuan Khusus kepada Penghayatan dan Pandangan Ibn ‘Arabi”.  Dalam Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah (pnyt.).  Islam :  Akidah dan Kerohanian.  Edisi Kedua.  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm. 115-133.
                        20.       Zakaria Stapa, 1998:  “Tarekat Tasawuf Sebagai Wadah Amalan Kerohanian Islam:  Satu Analisis Konseptual”.  Dalam Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah (pnyt.).  Islam :  Akidah dan Kerohanian.  Edisi Kedua.  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,  hlm. 134-156.
21.              Zakaria Stapa, 1998 : “Islam : Sejarah dan Pemikiran:  Kata Pengantar”.  Dalam Fariza Md Sham dan Zakaria Stapa (pnyt.) Sejarah dan Pemikiran Islam. Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, hlm. v-xv.
22.              Zakaria Stapa, 2000:  “Penghayatan dan Pengajaran Tasawuf Imam al-Ghazali”.  Dlm. Hj. M. As’ari Hj. Tiba’ et. Al (pnyt.).  Imam al-Ghazali:  Metodologi Pemikiran, Akidah dan Tasawuf.  Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Johor, hlm. 35-79.
23.              Zakaria Stapa, 2000: “Kata Pengantar:  Mempertegas sikap, menagkis tohmahan”.  Dlm. Ariffin Omar.  Sunnah dan keunggulannya.  Ammier Souvenir, Bandar Baru Bangi, Selangor, hlm. i-xxx.
24.              Zakaria Stapa, 2001:  “Pendahuluan:  Menjejak lompang, melurus hala tuju”.  Dlm.  Zakaria Stapa et al (Pnyt.).  Kajian Ilmu-ilmu Islam.  Jil. 2.  Fakulti Pengajian Islam, UKM., Bangi, Selangor, hlm. xix-xxxi.
25.              Zakaria Stapa, 2001:  “Mengenal Unsur Tasawuf yang Mennyeleweng dalam Buku Agama”.  Dlm.  Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah (Pnyt.).  Islam:  Akidah dan Kerohanian. Edisi Ketiga.  Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, hlm. 190-216.
26.              Zakaria Stapa, 2001:  “Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Tinggi  Awam (IPTA) Masa Kini:  Sumbangan dalam menjana dan Mempertingkatkan Penghayatan Islam”.  Dlm.  Khairul ‘Azmi Mohamad dan Abdul Monir Yaacob (Pnyt.).  Ketua Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor, Johor Bharu.  Hlm.  93-110.
27.              Zakaria Stapa, 2002:  “Akhlak Islam:  Landas Bertolak Perpaduan Ummah”.  Dalam Ahmad Sunawari Long, Siti Saudah Hj. Hassan dan Muda @ Ismail Ab. Rahman (Pnyt.).  Perpaduan Ummah:  Realiti dan Cabaran.  Fakulti Pengajian Islam, UKM., Bangi, Selangor.  hlm.  78-88.
28.              Zakaria Stapa,  2003:  “Cabaran era Globalisasi Terhadap Keterampilan Pendakwah”.  Dlm. Zulkiple Abd. Ghani, Anuar Puteh dan H. A. Yaakob Matondang (Pnyt.).  Dakwah Dalam Perspektif Sosio-Budaya:  Malaysia-Indonesia.  Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM., Bangi, Selangor.  Hlm. 24-47.
29.              Zakaria Stapa et al.  2003.  “Nilai Keagamaan Masyarakat Melayu dalam Arus Globalisasi”.  Dlm.  Prosiding Seminar Kebangsaan Arud Perdana II.  Nidzam Sulaiman dan Nor Hashimah Jalaluddin (Pnyt).  Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM., Bangi, Selangor, hlm. 81-112.
30.              Zakaria Stapa, 2003.  “Pendidikan dalam pemikiran YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad:  Analisis daripada Perspektif Islam”.  Dlm.  Dr Mahathir Pemikir Islam Abad ke 21.  Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia.  Hlm. 27-40.
31.              Zakaria Stapa, 2004.  “Tasawuf dan pembangunan hakiki ummah”.  Dlm.   Wan Suhaimi Wan Abdullah dan Che Zarrina Sa’ari (Pnyt.).  Tasawuf Dan Ummah.  Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Hlm. 55-84.
32.              Zakaria Stapa, 2004.  “Peranan dan sumbangan pendekatan Tasawuf dalam menghadapi cabaran era globalisasi dan faham pasca moden”.  Dlm.  Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Abd Mukti dan Che Zarrina Sa’ari (Pnyt.).  Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa.  Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Hlm.  99-122.
33.              Zakaria Stapa, 2004.  “Peranan Tasawuf dalam Pembangunan Hakiki Ummah”.  Dlm. H. Agus Sukristyanto, H. Sukarno Hs, Soeparjono, Jaffary Awang, Muda @ Ismail Ab. Rahman dan Indriaty Ismail (Ed.).  Prosiding Seminar Internasional Agama Sebagai Wadah Pemersatu Masyarakat, Bangsa dan Negara.    Universitas 17 Agustus 1945, Surabaya, Indonesia.  Hlm.  101-124.  
34.              Zakaria Stapa et al, 2004:  “Pembinaan Keupayaan Melayu dalam arus Globalisasi:  Satu Kajian mengenai Nilai Keagamaan masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan”.  Dlm.  Siti Zaiton Mat So’ad, Halizah Md Arif, Mat Salim Selamat, Mohd Azmi Nias Ahmad, Noor Hasimah M. Yacob, Roselina Musahar Salimah Ahmad, Rohaiza Saat dan Siti Atkah Abdul Hamid (Ed.).  Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial:  Jilid 2:  Sains Sosial.  Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang, Kuantan Pahang.  Hlm. 55-60.
35.              Zakaria Stapa, 2007:  “Masyarakat, pendidikan dan pembentukan keluarga Islam berkualiti”.  Dlm.  Azrina Sobian (Ed.).  Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa.  Institut Kefahaman Islam Malaysia & MPH Publishing, Kuala Lumpur.  Hlm.  217-243.
36.              Zakaria Stapa, 2007: “Masalah fenomena ajaran sesat di Malaysia:  Kaitannya dengan wahdat al-wujud”.  Dlm  Abdul Ghafar Hj Don et al (Ed.).  Isu-isu Dalam Dakwah, Tarekat Tasawuf dan Ajaran Sesat di Malaysia.  Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM, Bangi.  Hlm.  191-198.
37.              Zakaria Stapa, Ibrahim Abu Bakar dan Idris Zakaria.  2009.  “The contribution of the Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) to the Politico-Religious Trends in Malaysia”.  DFlm. Zakaria Stapa et al (Pyt.).  Survival Politik Muslim Malaysia. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.  Hlm. 11-33.
38.              Zakaria Stapa dan Ibrahim Abu Bakar.  2009.  “Isu Survival Politik Muslim di Malaysia”.  Dlm. Zakaria Stapa et al (Pyt.).  Survival Politik Muslim Malaysia. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.  Hlm. 91-102.