PELAN STRATEGIK JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2011-2015 (TAREKAT TASAWUF)
TERAS STRATEGIK
Mengarusperdanakan Pembangunan Tasawwuf Dan Memantapkan Pengamal Tareqat
Teras StrategiK yang akhir ini memberi penempuan dan fokus kepada usaha giat untuk menyuburkan dan memasyarakatkan disiplin ilmu Tasawwuf dalam kalangan masyarakat agar masalah kronik yang sedang dihadapi oleh umat pada masa ini dapat di atasi melalui pendekatan tasawwuf. Keseimbangan pembangunan fizikal dan kerohanian adalah asas kecemerlangan diri setiap individu masyarakat yang akhirnya akan mendatangkan impak positif yang besar dalam pembangunan negara. Gerakan dakwah untuk memberi kefahaman dan penghayatan yang menyeluruh terhadap pengamal tasawwuf akan disemarakkan dan dizahirkan dengan pelaksanaan program yang bersifat kontemporari dan tradisi. Kawalan terhadap pengamal tareqat adalah seiring dengan usaha memajukan kumpulan tareqat yang telah diberi pengiktirafan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan. Kerjasama erat antara kumpulan tareqat tersebut serta memperluaskan hubung-jalin dengan Kumpulan Tareqat Tasawwuf Antarabangsa akan dipergiatkan dan disuburkan dengan wahana dan program-program yang menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam pengamalan tareqat tasawwuf yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
1. Merancang & Mengurus Pembangunan Pendidikan & Pembudayaan Tasawwuf Dalam Kalangan Masyarakat.
- Menjalankan Kajian Terhadap Pendekatan Terbaik Bagi Mengembangkan Kefahaman dan Penghayatan Tasawwuf.
- Merancakkan Pelaksanaan Program Pendidikan dan Sesi Interaktif Tasawwuf kepada Pelbagai Masyarakat.
- Mempertingkatkan Sistem Penyampaian dan Menerima Maklumbalas daripada Orang Ramai Berhubung Hal Ehwal Tasawwuf.
- Mengeluarkan Bahan Penerbitan Bacaan seperti Buku, Majalah, Pamplet dan Risalah.
- Mengalakkan Kumpulan Tareqat Tasawwuf Memasyarakatkan Disipiln Ilmu Tasawwuf.
2. Memperkasakan Fungsi Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan
-
Meningkatkan Kompetensi AJTS Melalui Lawatan dan Pertemuan dengan
Pengamal-Pengamal Tareqat Sama ada dari Dalam dan Luar Negara.
- Melahirkan Golongan Ulama’/Pakar Rujuk dalam bidang Tareqat Tasawwuf .
- Menyediakan Pelan Kajian Ilmiah yang Komprehensif berkaitan dengan Ilmu Tareqat dan Tasawwuf.
-
Memperkayakan Medium Rujukan dan Kemudahan Akses untuk memahami Hal
Ehwal Tareqat dan Tasawwuf. (Laman Web e-Tareqat/Pusat Rujukan Tareqat
& Tasawwuf
3. Tindakan Pencegahan Dan Kawalan Terhadap Individu Atau Kumpulan Tareqat Songsang Dan Bertentangan Dengan al-Quran Dan al-Sunnah.
- Melaksanakan Pendaftaran Kumpulan Tareqat yang telah Diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri.
- Mengumpul Dana dan Mendokumentasikan Maklumat mengenai Isu-Isu berkaitan Penyelewengan Tasawwuf yang berlaku Di Dalam dan Luar Negara.
- Mempertingkatkan dan Sentiasa Mengemaskini Maklumat mengenai Kumpulan Tareqat yang Didaftarakan dan yang Ditolak Pendaftarannya.
- Menyelia Akitiviti-Aktiviti Kumpulan Tareqat Tasawwuf secara Berkala. (Laporan Tahunan)
4. Kerjasama Strategik Dan Jalinan Akrab Dengan Kumpulan Tareqat Yang Berdaftar.
- Mempertingkatkan Sistem dan Elemen Kerjasama dalam Pembangunan Kualiti Pengamalan Tasawwuf.
- Penganjuran Bersama terhadap Usaha dan Program bagi Menyuburkan lagi Kefahaman Masyarakat terhadap Tasawwuf.
- Menawarkan Khidmat Nasihat bagi Memperkukuhkan Pengurusan Kumpulan Tareqat Tasawwuf melalui Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah.
- Mewujudkan Ruang (platform) Pemuafakatan bagi Kumpulan Tareqat . (Majlis Pemuafakatan Kumpulan Tareqat).