HADRAH ZIKR
HADRAH ZIKR
Rizhan el-Rodi
Hadrah berasal dari kalimah ‘hadhara’
yang bererti hadir. Dalam tarekat ada yang dinamakan hadrah zikr,
majlis ini bertujuan menyuci hati, meningkat rasa cinta terhadap Allah,
Rasulullah dan masyayikh ahlillah. Sebagaimana dalam hadrah akan
dihadiri para auliyaa bagi bersama memberi barkah dan nafhah.
Sebagaimana maklum antara majlis yang amat dimuliakan oleh para malaikat
adalah majlis zikir dan majlis ilmu yang dinyatakan Rasulullah SAW. Di
zaman baginda SAW para sahabat senantiasa mengadakan majlis ilmu dan
juga majlis zikir dan dinyatakan para sahabat berzikir sehingga asyik umpama pokok ditiup angin yang kencang, iaitu gerakan badan ke kiri dan kekanan dalam keasyikan zikir.
Saranan
al-Quran supaya melaksanakan zikir samaada secara berdiri, duduk atau
berbaring, dimana tatacara zikir adalah secara umum justeru para ulama
sufi membentuk cara dan manhaj berzikir dari segi gerakan, bacaan dan
tatatertib serta tatacaranya.
Kedudukan
makam dan ketinggian suatu tarekat dapat dinilai pada permulaan dan
penutup hadrah zikr dimana tarekat besar akan memulakan fawatih kepada
Rasulullah SAW, sahabat, ahli bait, malaikat, para masyayikh besar sufi
dan salsilah masyayikh. Serta qasidah yang dilagukan merupakan qasidah
al’qaum’ disamping qasidah masyayikhnya.
Antara
bentuk hadrah zikr Para salik tarekat berdiri betul secara saf, pembaca
qasidah dan munsyid berada di depan dan ditengah halaqah zikir terdapat
lampu yang selaputi kain berwarna kuning, putih dan hijau. Kesemua
memejam mata sambil muraqabah dalam berzikir bagi memfokuskan hadrah
zikr yang mulia.
Hadrah
dimulakan dengan bacaaan fawatih kepada Rasulullah , sahabat, ahli bait
, masyayikh sufi dan salsilah mayayikh. Kemudiannya munsyid akan
berqasidah seterusnya akan dituruti zikir lailahillah dan Allah, Allah.
Dengan gerakan yang sama dan mantap mengikut tempo dan lagu qasidah. Di
dalam samar cahaya lampu bunyi zikir semakin kuat dan bertalu-tali. Para
ahli hadrah semakin asyik dan zauq... hanya mereka yang merasainya
dapat mengecapinya... kekiri dan kekanan tangan dihayun dan tubuh
bergerak seterusnya ke depan denga nafas keluar masuk dengan zikir.
Semuanya tenggelam dalam kenikmatan zauq zikir,tenang dan tenteram .
gema munsyid dengan diikuti para ahli hadrah amat mengasyikkan dan
mempesonakan.
Hadrah
zikir merupakan antara satu amalan dalam tarekat bagi mengamalkan
saranan al-Quran untuk berzikir dan berzikir secara berjemaah besar
nafhahnya. Hanya mereka yang merasainya dapat ketahui hakikatnya. Rentak
dan cara zikir pelbagai yang disusun oleh masyayikh sufi, walau apa
cara ianya bermaksud menyatakan cinta kepada Allah dan Rasulullah secara
mendalam dengan gerakan yang indah dan besar hikmahnya.
Mabuk
cinta sebagaimana dinyanyikan kumpulan DEBU, namun hakikatnya sukar
diungkapkan. Manefestasi cinta para ahli sufi begitu agung terhadap
Allah dan Rasulnya... kerana agama tanpa cinta Sidna Nabi SAW apalah
gunanya. Cinta ahli sufi merupakan cinta haq dan abadi, cinta sejati
yang tidak boleh diungkapkan. Semoga para salik suci dan suci
kalbunya...
Semoga
nafsu dapat dimujahadahkan... dalam hadrah qasidah yang dinyanyikan
mempunyai makna yang mendalam terhadap faham ulumuddin dan konsep
mahabbah. Antaranya dinamakan Syarab al-wasl’ iaitu minuman orang
yang sampai... hawa nafsu dapat dilawan hanya dengan izin Allah Taala
melaui Rasulullah melalui ulama mursyidin wali mursyid sebagamana
dinyatakan al-Quran. Setiap insan ingin menuju ke hadrah ketuhanan tidak
dapat tidak melalui bimbingan ulama pewaris Rasulullah SAW. Bahasa dalam qasidah begitu indah dan mendalam maknanya, begitu daqiq
tafsiran matannya. Sesunguhnya gerakan dalam hadrah banyak rahsianya
dan segala gerakan mempunyai makna yang tersendiri dan maksudnya. Hadrah
sufi iaitu gabungan qasidah, tepukan, zikir, tarik keluar nafas amat
unik dan mengasyikkan yang diwarisi sejak berzaman secara warisan. Yang
bermula lebih 1,400 tahun yang lalu. Semua bersuara suara, gerakan dengan rasa kalbu (zikr) menuju Allah. Roh disegarkan dengan zikr secara beramai-ramai dan madad nazrah yang besar melalui salsilah masyayikh sehinggga Sufi pertama Sidna Rasulullah SAW.
Matlamat
tarekat bagi membersihkan kalbu dan menuju keredhanaan Allah bagi
menjadi hambanya hakiki. Semga hidup ini ada maknanya. Hadrah sufi jika
dihidupkan dan disuburkan amat besar manfaatnya kalau diketahui
sedangkan para malaikat amat memuliakannya dan senantiasa mencari dimana
terdapatnya majlis zikr. Semoga dengan ini roh Islam kembali bersinar,
ajaran batil akan mudah terhapus dan terhindar. Manfaat majlis ini dapat
kepada semua umat Islam dekat dan jauh. . ilmu dan tarbiah menjadi
manhaj para ulama sufi. Kerana tarbiah amat penting disamping adab dan
ilmu kalangan salik. Kerana musuh utama manusia nafsu, syaitan dan
tipudaya duniawi..
Hakikat
ahli sufi merupakan pewaris kepada Rasulullah merekalah mewarisi ilmu,
akal, roh dan material yang sebenar. Alam ini mesti begerak dan menari
dengan seni hadrah zikir sufi dengan sebenarnya kerana melaksanakan
tututan faham al-Quran dan sunnah serta kembali kepada fitrah dan
sunnatullah.....