NABI SAW BUKAN MANUSIA BIASA
Rasulullah
SAW sendiri telah menyatakan dalam sabdanya tentang kemuliaan yang
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada dengan semulia-mulia sifat dan
pelbagai perkara yang mencarik adat (mukjizat) yang membezakannya
daripada manusia lain.
Diantaranya ialah sabdanya sendiri mengenai peribadinya di dalam hadis sahih: ‘Kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur’. Didalam hadis sahih yang lain, baginda SAW bersabda:’ sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakangku sebagaimana aku melihat kamu dari dari depanku.’ Baginda SAW juga bersabda ‘Aku dianugerahkan kunci-kunci perbendaharaan bumi.’
Meskipun pada fizikalnya, baginda SAW masih hidup dengan kehidupan barzakhiyyah
(di alam barzakh) secara sempurna. Baginda SAW dapat mendengar
perkataan orang yang masih hidup di dunia dan mendengar salam mereka
serta menjawabnya. Bahkan , disampaikan kepada baginda SAW setiap
selawat yang diucapkan kepada baginda SAW dan juga diperlihatkan
kepadanya segala amal perbuatan umatnya. Baginda SAW berasal senang dan
gembira dengan amal soleh orang-orang yang baik dan sentiasa meminta
keampunan bagi umatnya yang melakukan dosa.
Sesungguhnya
Allah SWT mengharamkan bumi daripada memamah jasad baginda SAW yang
sentiasa terpelihara daripada sebarang kerosakan dan pemusnah yang
terdapat di dalam bumi. Diriwayatkan daripada Sidna Aus Ibn Aus RA ;sesungguhnya diantara hari kamu
yang paling mulia ialah hari Jumaat. Pada hari itulah Nabi adam
diciptakan dan pada hari itu juga beliau diwafatkan. Pada hari Jumaat
juga, terjadinya tiupan sangkakala, dan pada hari itu juga terjadinya
so’iqah (petir dasyat atau kiamat) maka perbanyakkanlah membaca selawat
kepadaku pada hari itu kerana selawat sekelian akan dipersembahkan
kepadaku.’ Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah
selawat kami akan dipersembahkan kepadamu , padahal engkau telah binasa ?
Baginda SAW bersabda , ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan keatas bumi ini
daripada memamah jasad para Nabi.’ (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam sohihnya; Imam Hakim pula mensohihkannnya).
Berdasarkan
hadis-hadis ini dan hadis lain, kita berpegang bahawa Nabi SAW diberi
keistimeweaan untuk terus menerima selawat , mengetahui amalan umatnya dan sebagainya. Berkenaan permasalahan ini, alhafiz Imam al-Suyuti RA telah menulis risalah khusus yang dinamakan anba’ alAzkiya’ bi hayah al anbiya’ (Perkhabaran orang cerdik Pandai mengenai kehidupan para nabi).
Baginda
SAW telah wafat tetapi kemuliaanya, kedudukannya dan pangkatnya yang
tinggi di sisi Tuhannya tetap kekal dan tidak diragui oleh orang-orang
yang beriman. Yang demikian bertawasul
kepada Allah dengan perantaraan baginda SAW pada hakikatnya kembali
kepada kepada iktikad wujudnya makna-makna tersebut dan kepercayaan
bahawa baginda SAW begitu dikasihi dan dimuliakan oleh Allah SWT juga berdasarkan keimanan dengan risalah baginda SAW.
Bertawasul
dengan baginda SAW bukanlah suatu penyembahan kepadanya kerana walau
sebesar dan setinggi mana pun darjat baginda SAW , baginda SAW tetap
makhluk ciptaan Allah SWT yang tidak berkuasa menolak sebarang kemudaratan dan mendatangkan sebarang manfaat kecuali dengan izinNya.
Sumber : Panel Penyelidikan Yayasan Sofa Utusan Malaysia 10 Oogos 2010.
· ** Rasulullah
SAW ialah insan istemewa dan diberi anugerah khususi, Baginda merupakan
insan pilihan, alamat kasihnya umat baginda ialah sentiasa berbanyak
selawat dan ketahuilah bahawasanya Rasulullah SAW diperlihatkan oleh
Allah Taala akan amalan umatnya dari kalangan orang mukmin sebagaimana
dinyatakan dalam al-Quran.